Tuesday, December 23, 2008

Penang Diary - day 1 (morning) - Feringghi

First destination selepas bersarapan ialah ke pantai Batu Feringghi, memandangkan hari masih lagi awal pagi, matahari pun baru nak kuar jadi kami rasa elok gak lepaskan anak2 bermain waktu ni di pantai, kalau dah panas terik karang lain pulak ceritanya ..






Masa memula sampai pun hanya ada beberapa keluarga saja yang mandi di situ... wahhh damainya dpt tengok laut yg luas, kalau tiap2 hari dapat tengok pemandangan macam ni kan best....what a lovely morning!






kalau nak bandingkan pantai sini ngan PD mmg jauh bezanya kan..

enjoy the photos!












syok....syok....syok....































Penang Diary - day 2 (pagi) - badminton


Pagi semua sibuk memasak utk majlis ulangtahun perkahwinan auntie, Makcik Anum & Pakcik Azman (Cokman) yang ke-20 tahun, yang akan diadakan pada sebelah petang.


Sambil2 tu ibu bawak anak2 tengok pakcik2 nya main badminton di dewan bawah.


Penonton & tukang sorak.... Haziq, Hazim & Aariz..

khusyuknya Aariz, sampai terduduk..







Penang Diary - day 2 (pagi) - Feringghi

Lewat pagi tu atas permintaan anak2 kami ke Batu Feringghi lagi skali utk mandi, semalam pagi tak mandi kan.. just main air je so arini mmg kena mandi, kalau tak tu bising je anak2.



Aariz mmg tak suka mandi laut, mungkin dia tak suka rasa masin air tu kot... celupkan kaki dia dalam air pun dah buat dia menangis melalak... jadi ibu pun tak dpt mandi le, kena jaga Aariz anti pesto ni..








nilah dia budak yg paling suka mandi laut.. dia punya frust tak dapat mandi kat PD masa reunion bulan 7 dulu dibalasnya sekarang.. punyalah lama tunggu dia berendam.






kalau nak tunggu habis mandi, mmg sampai malam pun tak sudah2 jugak.






sukanya bercanda.... best kan Haziq? jeles lak ibu tengok.




ni saper punya keje ni? ok ibu snap sekali...




Hazim memula takut nak mandi, tapi lepas dah basah seluar & baju terus warmed up... dah tak nak balik pulak... sopan betul Ajim mandi ye siap ngan suar jeans tu.




dah sudah mandi, apa lagi main pasir pulak








ni ler tepung gomak dari KL.... tak puas2 bergolek kat pasir pantai, bukan selalu dapat buat camni kan Haziq?



Abah yang sibuk melayan anak2 mandi




oraiittt anak2 sudah ler tu... dah 2 jam berendam tu....jom mandi bilas badan tu pulak.....
Lepas balik dari Feringghi terus kemas2, makan & balik KL... punya le lapar sampai tak sempat pun nak snap gambor2 makanan yang dijamu.... lagipun tetamunya ramai bangat... sibuk sihhh....












Penang diary - day 1 (malam)


Ni ialah rumah penginapan kami, just next to Makcik's apartment di Air Itam.


posing Haziq jangan tak posing.....




Pemandangan dari apartment penginapan... dari sini tak nampak Bukit Bendera tapi dari rumah Makcik memang jelas.





haaa... lepas maghrib dah start projek utk majlis esok....nasib baik atuk boleh tolong jagakan cucu2nya... jadi golongan mak2 budak boleh ler concentrate bekerja... kalau tak tu ada je yang mengacau..
ni Atuk bersama Hazim & Aaron... kat belakang as usual Haziq tgh buat latihan maths ye... dekat Penang ni dia sombong ngan ibu, mentang2 ada kakak Atieqah (pangkat makcik actually) yang rajin melayan dia buat maths tu.



haiiii... golongan bapak2 orang tu releks je ke tengok tv... tak nolong ke? kitaorg ni dah jenuh ngopek kerang 8 kilo sumernya tau.... Aariz pun tak menang tangan menyibuk.... nak nolong jugak.




ishhh.. ishhhh... si kenit ni lagi sibuk dari kami rupanya....habis baju melayunya dah bau air kerang je.




sempat rasa lagi....apa rasanya aariz?? masin kan...



aktiviti memasak lak Opah & makcik yang uruskan... kami tolong2 potong, kopek apa yang patut.. Opah kata kul 1 pagi baru habis memasak.
Menu esok :
Nasi impit
Kuah kacang
Rendang kerang
Sambal sotong
Nasi lemak
Kuih seri muka
Kuih talam
Bihun goreng special

Monday, December 22, 2008

Mr Mama

Sian Abah arini sbb kena jaga 3 Abdul kat umah... takpe lah sekali sekala kenalah rasa macamana 'seronoknya' jadik Mr Mama kan...



Ibu ingatkan abah tu masak le untuk anak2 rupanya dia 'masak' kat Burger King.. hangkut itu 3 Abdul kat sana, tak aci betul!







Tadi Opah baru called kata mereka sumer baru sampai Taiping on the way back from Penang, wahh berjalan sakan sumanya yer, jeles dengar tau!.... siap semalam pegi ke Kedah lagi.... panjangnya langkah opah & atuk tu ye..








Takpe lah nak buat camne kan, ibu mmg kena keje arini sbb tu ler trip kita tersangatlah pendek hujung minggu lepas.... sori ye anak2... ibu kalau tak masuk opis arini mau meroyan boss tu ... meetings dia tetap jalan walaupun dah ujung2 tahun ni kan... hmmm...



ok, gambor2 Haziq jadik tepung gomak semalam akan diupdate esok ye! sabar... sabarrr....









Friday, December 19, 2008

Malam pun boleh bu!

Rutin biasa bila hari bekerja kami selalu sampai ghumah kul 8.30pm ke atas... jadik anak2 nak main kat playground pun tengah malam le... nak buat camne kan? janji dapat main... bagus gak dah malam tak yah berebut ngan anak2 lain utk main & cuaca pun sejukkk je.

ok anak2 ibu kasik 1/2 jam cepat mainnnn... yahoooo!!



dan Aariz pulak bila dah dapat main kat sini, mmg susah nak suruh balik ghumah... tengok tu dah naik kat tempat gelongsor pulak... jenuh ler ibu nak panjat & tangkap dia.... tapi boleh gak ibu join main gelongsor sesama...malam2 takpe org tak nampak..... ibu pun jadik kanak2 giteww....


dan pastu tunjuk buai.... selagi tak masukkan dia ke dalam buaian tu mmg dia akan bisinggg je lah.... haa, dah masuk baru ler aman... tapi satu keje lagi kena le tunggu dia main sampai puas...
haaa.... sudahlah tu anak2... karang ibu tinggalkan kat taman tu baru tau! tak pun ibu suruh pak guard tengok2kan boleh tak??

Thursday, December 18, 2008

Lukisan mural

Malam tadi masa tengah temankan anak2 tengok dvd nampak lak lukisan ni yg menarik perhatian ibu.... hmmmm... sejak bilalah anak2 ku ini pandai melukis .... boleh tahan jugak yer.... sekali tangok macam org pegang reket nak main badminton....dua kali pandang cam lukisan org zaman batu kat dinding gua pulak.



Lepas tanya hasil gerangan lukisan sapa tu, Hazim ngan confidentnya menjawab "yang tu abang yang lukis"..... hiisshhh Haziq ni.... kalau tuan ghumah datang buat spot check mau meroyan dia tengok dinding umah penuh ngan contengan & lukisan2 ni....



yang ni lukis pakai pen marker lak tu, siap ada satu couple kaler biru, satu lagi kaler merah... adeiii... mmg sah le tak leh nak dipadam ni..




rupa2nya bila diteliti balik dan setelah anak2 kasik some clues (teruk betul bukannya nak kasik jawapan direct kat ibu)... lastnya ibu dapat gak guessed apa bendanya yang haziq maksudkan....






rupanya lukisan kt dinding gua - Kinai & Rita.... dlm citer Brother Bear... penat ibu perah otak memikir...



pasni gambor apa lak yang anak2ku nak lukis bagi memenuhkan dinding nih.... takpe.... think positive....aariz pun dah start menunjukkan creativity dia kat dinding ghumah... sabor je le....



cam ustaz kat kursus kahwin dulu cakap.... "biarkanlah... anak2 bijak mmg camtu... kreatif... biar kan dia lukis puas2 kalau boleh seluruh ghumah nak lukis pun takpe... sampai satu tahap dia akan stop sendiri... haaa... time tu baru le cat baru dinding ghumah tu" hmmm....mmg boleh pakai jugak suggestion ustaz tu... will do... will do...