Showing posts with label chickenpox. Show all posts
Showing posts with label chickenpox. Show all posts

Tuesday, December 30, 2008

Cuti Awal Muharram

Semalam cuti sempena Awal Muharram, Haziq pelik nape ibu & abah cuti hujung minggu cam lama jer.. mmg ler dah jatuh ari senin... dia asyik nak gaduh ngan ibu je kebelakangan ni sbb dia kata dia masuk sekolah 1/1/2009, tak sabar2 betul mamat ni... dh rindu kt dirah ke?

Semalam pepagi lagi opah dah called cakap sumer nak datang lunch kt umah kita + nak melawat ajim sekali le.... yeahhhh.... suka sgt kalau ada org datang umah esp family members & friends...so apalagi ngan cargasnya kita bersiap2 gi breakfast ... kali ni ajim nak makan roti bakar kt Kayu Original ... ok ler org tak sihat ni selalu mmg banyak permintaan, ikutkan aja lah... tapi dia makan 1/2 je roti tu... takpe lah janji masuk gak something dlm perut dia..

Lepas breakfast, terus ke Giant, beli sayur, ikan, ayam, dll utk masak tengahari, biasalah kalau gi Giant ngan anak2 bukan boleh sekejab mesti ada je yg anak2 ni nak... Haziq cam biasa le kat bahagian buku, mesti nak beli 1 buku gak utk dia, kang nangis pulak kalau tak dapat..
ni gambar kt giant minggu lepas, time tu ajim muka cantik lagi belum kena campak


baru kuar Giant Opah tepon cakap derang sumer dah dekat nak sampai, 3 buah kete sumanya... tadi abah dah kasik sumer no. kete kt security booth tu, kang senang ler sume masuk.... cam biasalah Ajim bila dengar ada org nak datang ghumah dia mesti tak suke.... dia kata nape sumer org nak datang umah ajim ni? kang sumer berjangkit chickenpox dari ajim tau!... wahhh cakap bukan main bijak ini budak ye...

Aariz lak bila kat umah dia mesti nak memerap je, satu pe'el dia kalau ibu cuti dia mesti tak nak minum susu formula, dia nak tuttt je.... issshhh geram ler budak ni.. kita sibuk nk masak dia nak menempel je, kasik susu botol tolak... camne nak masak ni..? last2 abah bawak dia turun, kt bawah tu byk kucing mmg suka le dia mengejar kucing2 tu..

Sempat gak ibu masak jantung pisang masak lemak & marinate ayam... tup tup opah and the gang dah sampai.... penuh ghumah kami, maklum ler umah kecik, rombongan tok adam dari rawang, tok man dari penang, adik beradik lagi .. wahhh mmg meriah...

dan secara automatiknya tugas masak memasak yg separuh selesai tu opah & opah cik yg ambik alih... hehe... ade ke patut tetamu yg masak... dah opah & opah cik volunteered lagi pun aariz bila tengok ramai dah org kt umah terus nak menempel ngan ibu je..

So lepas makan, lepak2 & solat sumer dah sepakat nak menghabiskan duit ke Giant lak, alang2 dekat je dari ghumah... wahh golongan org pompuan, Opah & Opah Cik mmg sakan ler kalau boleh sumer kedai kt bwh tu depa masuk, lama pulak tu... siap kami yg menunggu ni boleh lepak2 cam umah sendiri lak kt J.co donut tu... aariz punya ler suka duduk kg sofa kecik kt situ sampai taknak kuar dari kedai tu.. teruk betul budak ni.

Golongan bapak2 pulak apa lagi nengok kete le.... mcm2 kete ada kt bawah tu... hmmm honda city yg baru tu cun gak ye?... tapi tengah kegawatan ekonomi ni tak payah dok pikir tukar kete le, kete kita tu pun masih elok lagi.

Pusing2 kt situ je sedar2 dah pukul 5 petang, Tok Man sekeluarga pun kena gerak sbb depa nak balik Penang, ok lah nx year kita jumpa lagi masa family trip... dengar2 ke Lumut ye... best, best, tak sabar2 nak gi....drive safely tau, jgn bawak lelaju sgt.



































Ahad, 28 Dis

Hari ini ada kenduri di rumah Atuk Adam, kenduri baru balik haji + ngan majlis Uda aritu dirumah Tok Adam di Rawang, tapi ibu tak gilah... sbb jaga hazim & aariz, cuma abah & Haziq je yg pegi.... tensen dengar sumer ahli keluarga berkumpul, Opah pun tido umah Tok Adam... Tok Man dari Penang pun ada, Opah Awi & Tok Aris, kira sumer datang turun padanglah.... takpe lah ajim nak buat camne kan... Opah pun kata ajim rehat kat umah je lah...

Tok Adam citer waktu dia sekeluarga menunaikan haji, walaupun sumer tak sihat & batuk sbb cuaca disana, tapi alhamdulillah sume berjalan lancar & dpt menunaikan haji ngan sempurna, mmg dia plan nak pegi lagi nanti... katanya sesapa yg dah jejak kaki di Mekah mesti ada hati nak pegi lagi, unless something wrong with that person lah.. jeles ngan my kazen, Ashraff tu tau (Tuk Adam's son), umur 20 thn dah dpt title 'Haji'..

waaa... tensen dengar, bila la ibu dapat pegi ni? abah pun dah merasa gi umrah masa dia bujang dulu, ibu ni bila lagi?

So family gathering kali ni ibu missed lah.. mesti seronok semalam kalau dpt berjumpa & catched up stories ngan sanak saudara.... tapi tu le nak buat camnekan, takde rezeki ....

it's oklah... yg syoknya sume dah plan for next gathering in CNY... yahooooo!! mmg dh kena plan cuti nx year ni...



Sabtu, 27 Dec 08.. menjelang tahun baru

Disebabkan Hazim kena chickenpox bermula dari 24/12 lepas jadi w/end kami pun tak berapa nak meriah, Atuk Mak called beberapa kali tanya tak balik kg ke?.... hmmm sian Atuk Mak mengharap anak cucu balik ke kg tapi nak wat cmne Hazim kena teruk juga (bukan macam Haziq sebelum ni)... penuh satu badan kena... sian ajim... tapi ajim mmg kuat, dia takde mengeluh pun.

Jadi kami duduk ghumah je lah... bosan mmg le bosan, Haziq & Hazim beberapa kali tanya abah & ibu nape kita tak gi mana2.... hisssshhh ajim ni tengok ler sket badan ajim tu, dia macam tak sedar yang dia tu tak sihat... masih ada hati nak jalan2 keluar jugak... Aariz pulak memandangkan tak pandai cakap lagi jadik asyik sarung kasut pastu tunjuk pintu... selagi tak bawak jalan2 kat bawah selagi tulah dia akan bising2..

Sejak ajim tak sihat ni mmg dia tak berapa nak makan .... asyik2 mintak susu, susu, susu..... tapi utk dinner hari sabtu tu dia mintak Burger King jadi kena ler drive out jugak walaupun tau area mutiara d'sara mlm minggu mmg sesak gile, kalau takde apa2 mmg kami tak masuk area tu hujung2 minggu, tensen wooo... tapi ajim punyer pasal kami bawak gak dia ke sana, memula plan nak take away je makan kt umah tapi memandangkan dlm tu tak sesak, jadi makan kt situ je le... bila dah ada makanan depan mata pun, bukannya dia makan.... setakat nugget 1/2 je yg masuk... takde selera kot... sian ajim...

Sepatutnya hari ni nak pergi kenduri kahwin school mate di Pantai Hillpark tapi terpaksa dibatalkan jugak.... tensen gak tak dpt gi jumpa kengkawan lama .... takpe lah takde rezeki nampaknya




Thursday, December 18, 2008

Saya nak cepat sembuh..

Ello... nama saya Haziq...sian saya kena quarantine minggu ni sbb kena chickenpox le... ibu tak kasik kuar ghumah, tapi tengok le bukan banyak pun chickenpox yg ada... ada satu kat kepala, satu kat bawah mata, satu kat leher & 5,6 biji kat badan... sikit sangat... ramai org tak tau pun yg haziq kena chickenpox.

Ibu kata kalau gatal jangan garu kuat2 & jangan kopek nanti muka berlobang .... eeee takutnya.. so haziq ikut je le sbb takut nanti muka berbekas .... dahh tak handsome lagi haziq... heheh....haziq nak baik cepat2 jadik boleh ikut gi family trip ke Penang... ibu kata kalau tak recover lagi haziq kena tinggal ngan Cik Ita (pengasuh lama).... siankan... ada ke patut nak tinggalkan haziq camtu jer...apa lah ibu ni... tak sayang anak ke? (favourite sentence Haziq)

ok bye for now.... doakan haziq cepat sembuh yeaa...nanti bila haziq tak sibuk haziq tulih lagi....


ni first appearance haziq sejak kena chickenpox... ok je kan??

ibu kata kalau nak cepat sembuh makan buah-buahan bebanyak.... aper lagi haziq hentam ler dragonfruit ni sampai sebiji haaaa habisss... tadi sebelum ni haziq dah makan jambu batu dua potong...buah apa lagi ibu nak suruh haziq makan ni?

eeee... aariz ni, dia pun nak tumpang semangkuk gak... nasib le senang nak ajar dia makan buah... jangan ikut cam abah tu nak makan buah pun memilih...
lepas makan ada ke patut haziq suruh aariz kemas kulit buah dan masukkan ke tong sampah.... tengok le apa yang adik dia buat.... amboiiii....




memang nak kena budak2 ni....