Showing posts with label fever. Show all posts
Showing posts with label fever. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Demam melanda lagi..

Hari ni dah hari ke-2 haziq demam, batuk, selesema..
biasa le package 3 in 1 tu..


luckily ujian sumer dah lepas kalau tak tu pening jugak nk menghadapi situasi mcm nih.... even cikgu dia dah mentioned time assembly, even batuk sket pun xpayah datang skolah tau...

hmmm....walaupun anak2 rajin ambik supplement tiap2 hari tapi bila penyakit nk hinggap dia hinggap jugak... kita cuma boleh merancang & cuba mengelak tapi Allah jugak yg tentukan segalanya.. redha je lah... pasti ada hikmah disebaliknya..

so haziq, doc dah kasik 2 hari mc tu rehatlah baik2 ye...

yg tak tahan bila t/hari sure kol ibu dia ni cakap miss school... sabo je le.. takpe lah setakat dua hari punyer pelajaran insyaAllah haziq boleh kejar balik nanti.. i know u can do it dear..

rajin2 makan ubat.. moga cepat sembuh & melasak balik ye sayang :)

muka pun dah merah padam dek panas..

Wednesday, February 23, 2011

sangat tak suka..

Arini my cheeky Rania demam pulak .. betul2 time baru bangun tido... dedar je badannya..

hmmm.. nak pandai apa agaknya tuh?..

or nk tumbuh gigi lagi (skrg dah ada 6 batang dah)...


tadi kol pun dia merengek je.. alahai... sgt tersentuh hati ibu ni tau..
nasib le rania tinggal ngan opah je, kalau ngan babysitter lain mau ibu cuti jaga rania....

harap2 cepat baik ye sayang.. rania ni cm tau2 je ibu nk bawak dia cucuk 1 tahun petang ni ye.. nampak gaya kena tunda tarikh cucuk lg le nih..

so arini mengulang ke clinic lg nampaknya... dah 2 hari berturut2 jumpa doctor je sebelum ni..



cepat2 baik ye my cutie pie.. muah2 ...luv u..

Tuesday, February 1, 2011

abang demam berdendang..

kasih abang pada adik... tengah suara serak2 pun nyanyi jugak..

hazim demam baru2 ni...

dia ni kira mat kebal sket nak compare to yg lelain.. demam pun mcm tak demam je... still active mcm biasa, cuma badan je le yg panas..


enjoy... moga cepat sembuh yg abang ajim tercayang..


Thursday, November 6, 2008

Sawan tarik

Discussing about this issue with my school friends today.
For those yang ader anak mesti takut bila membincangkan isu ni sbb ini bukan isu main2 dan sangat serius..


Haziq penah kena fit masa dia berumur 2 tahun, jadi setiap kali anak2 kena demam inilah panduan dari doktor yg kami ikut :


1) Sejukkan badan dia dengan kain basah, seelok2nya 3-4 helai kain basah di letakkan di dahi, dada, bawah ketiak & belakang badan.


2) Monitor suhu anak, jangan sampai suhu badannya terlalu tinggi.


3) Jika nak beri ubat makan @ insert, make sure suhu badannya disejukkan terlebih dahulu.


4) Monitor pemberian ubat cth : setiap 4 jam sekali..

Jangan lambat bertindak kerana boleh menyebabkan kecacatan otak pada anak.





Haziq @ zoo, lepas balik dari zoo ni lah Haziq kena fit keesokan harinya...mmg pengalaman yg tak boleh dilupakan...