Friday, November 28, 2008

Naughty Ajik & Ajim time kecik2

Gambar2 ni raser cam baru je ambik... ni maser tengah tunggu abah solat kat perkarangan masjid negara... tapi bila tengok balik tarikh gambar ialah pada bulan Oct 05... hmm more than 3 years alredi lor.. cepatnya masa berlalu..

Ni masa dua2 heroes mmg tengah lasak.... hmmm nasib baik ibu terer nak handle ... hehehe... ibu angkat bakul lah!

comelnya haziq... kecik camni pun dah pandai posing... ajim aper kurangnya kan..?

my lovely Haziq & Hazim...

ni bersama ibu yang sentiasa sibuk... yelah anak2 asyik nak masukkan kaki ke fountain tu jer... kang termasuk badan skali kang parah gak tu..




Gambar dan cerita lama


3 hari ni mmg kira hari makan gaji buta ler... sumernya gara2 gambar pre-dip (SS14) Dip in Executive Secretaryship intake July 95, disebabkan gambar ni ler email mencurah2 berjela-jela & berbalas2 antara ex-SS14 batch kitaorg... sampai sanggup skipped lunch & tak gi toilet... sayang betul nak tingalkan pc tuh.. hehe....hmm takper ler bukan selalu kan... pe2 pun, ITM dihatiku.... rasa nak nyanyi plak lagu tu skrg.. hehehe..


bila suruh carik ibu dlm gambar ni tau pulak dia cari... so ibu ni still menten ke haziq...?



selalu jugak kami bawak anak2 ronda area UiTM Shah Alam, saja jer nak mengimbau nostalgia silam, byk betul kenangan kt sana, walaupun tak boleh masuk tapi dpt tengok dari luar pun dah ok...



Kenangan ngan kengkawan mmg syok antaranya :

# kuar malam2 ngan kengkawan gi Sek2 for dinner, gerai feveret yg ader candlelite ngan Teringin.. tapi skarang dh takde dah gerai2 tu..

# lepak2 kat Seroja 2 sampai tgh malam (kalau takde kelas malam kt fakulti ler)... sanggup bersembang smpai kul 2-3 pagi.. pelik ader je benda yang nak diborakkan..

# tengok tv ramai2 kat bilik tv, sumer ngan bantal busuk masing2... citer feveret yg tak leh miss tiap2 minggu mestilah X Files, tengok Mulder & Scully.. hehe... lagi satu yg takleh lupa sampai sekarang ialah masa tengok God Must Be Crazy... tau2 ler ngan geng2 dorm punyer ler gamat... mmg rasa nak pecah perut ketawa..

# makan bersama dlm dorm, sumer cam adik beradik jer...makanan paling popular kt hostel aper lagi McGee ler... (maggi).. tapi most of the time pegi dining hall, yelah makan free kan... ikan paling glemer : ikan jaket, nasi paling glemer : nasi kawah ler... rasanya skrg dah takde makan percuma w/pun duduk hostel, sumer kena bayar... untung betul kitaorg waktu tu.. save budget.

# basuh kain ngan dormmate, hmm syoknyer...nak mandi pun gi grouping .. hahaha.. toilettries pun pinjam2.. no big deal.. syok!

# kalau duk hostel citer paling glemer mestiler citer hantu.. hantu2 kan suka mengacau budak2 hostel.. haha... lawak...

# gi sembahyang jemaah sesama kt pusat islam.... especilly bulan ramadan... pastu berbuka sesama.. syok nyer..

# bass paling glemer time tu... 222 ler, saper tak tau no. bass ni jgn ngaku budak itm ler.. skrg bas 338 kot

# Tempat shopping paling glemer : Kompleks PKNS ler... dulu takde SACC lagi....


# Tempat lepak & dating bagi yg ader couple tu mana lagi : Tasik ler..

# gi kawad... mmg takleh lupa..., pastu mak guard kat Seroja yg garang tu.. baju takleh tuck in langsung.. biaser ler time teenager dulu asyik nak bergaya jer... mmg musuh ler ngan mak guard tu..

# berperang ngan monyet yg suka curi barang dlm dorm esp. makanan... nakal tul monyet tu...

# lepak kat library... cehhh mcm bagus jer..hehe, takpun kat padang blakang seroja...


# haa.. lagi satu ialah bukit tonggek... iaitu bukit yg kt depan seroja tu... punyer ler curam bukit tu ... sbb tu ler org gelar camtu kot... saper yg naik mesti sampai tonggek2 punggung...hehehe.. kitaorg teruk ler sbb fakulti SS mmg arah situ.. cehh... takper ler kira exercise ler tu..

My kids, especially haziq dah awal2 booked nak belajar kat sini nanti, insyaAllah kalau panjang umur, murah rezeki, mentang2 Uitm dah cantik, colourful lagi.. dulu time ibu bangunan paling glemer menara ler, syok betul lepak kat foyer kalau takde class...

Alasan yang dia bagi sbb nak masuk situ - nak carik U yang dekat ngan umah jadik tak payah berpisah ngan ibu... aduhai anak, sampai bila nak duduk bawah tiak ibu nih... sebenarnya ibu pun tak leh nak pisah ngan haziq, mau pengsan ibu & abah nanti..

Sayangi anak2 kita

Pepagi jumaat ni elok ler kita renung2kan.. cewah cam ustazah lak teman ni yer... berbakti kepada anak2 tapi jgn keterlaluan sampai spoilt lak anak2 tu.

Anak Itu Kupu-Kupu Syurga

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama . Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu
turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;

"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku
cium.." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Thursday, November 27, 2008

Lapar ler pepagi ni..

Dah 2 hari ni lambat je kuar ghumah sbb atuk mak & atuk abah ader kt umah, bila dah lambat kuar, lambat gak sampai opis, mcm co. sendiri ler pulak..


Haziq cam biaser pepagi port dia mesti kt depan... 2,3 hari ni bising je suruh call teacher dia... kecoh betul..


Haziq : Mummy, can you plz call my teacher?
Ibu : for what?
Haziq : I want to know what number would i get for the exam?
Ibu : alaa haziq, no need to call lah... teacher will send memo on report card day...just wait for the memo lah.
Haziq : ok lah... (muka x puas hati)..


jangan ler buat muka camtu... senyum ler sket... ok ler nanti ibu call ler teacher haziq tu ye...



ibu pun kena senyum, kalau tak kena marah ngan photographer nih.


As usual once enjin kete benti, ini si kenit terus melompat ke atas riba abah, so jgn ler buat2 tak reti yer...


Bila singgah sini (Petronas Bangsar) selalunya mesti beli nasik lemak (prepacked) utk anak2 sarapan kt Bangsar, tapi ini anti-pesto dah tak sabar2.. lapar ler tu... all the time cakap 'mamam..mamam... mamam'.. mmg konpem ler dah lapar, so nak tak nak kena lah seluk & suap dia, makan sampai terkembang2 hidung ... lawak ler aariz ni....yg convenientnya sambalnya tak dicampur skali tapi di pack dlm plastic transparent, kecik jer... sedap sambalnya... sumer ader kacang, timun, telur & a slice of salted fish...hmmm sedap.. rege 1.20 jer....





sambil aariz tengah sibuk mamam nasik lemak, tengok ler askar wataniah ni, tengah dilamun mimpi lagi... tapi arini bajunya ader kemelayuan sket, baju melayu.. tapi warna tetap warna askar gak kan.. as usual, senapang x lepas yer... sentiasa bersedia tuh!




Memandangkan anti-pesto tu tgh sibuk makan, abah arini boleh pumped petrol ngan amannya...



arini ibu malas nak snap pixs jadik sumer gambar except yg atas tu adalah ehsan dari haziq ... my trained photographer... sumer gambar dialah yg ambik.. dan gambar2 yg paling byk dia snap ialah gambar kaki dia sendiri.. sabor je ler...

Wednesday, November 26, 2008

Anti-Pesto

Sian baby ibu ni, tak patut betul abg2 dia panggil dia lagu tu.. dulu maser dia kecik lagi... time2 merangkak dulu gelaran dia ialah 'si bulat'... ok ler tu... mmg bulat & comel pong..hehe...gelaran ni Ajim ler yang bagi... dia bab2 kasik gelaran ni mmg pandai..




Sejak rambut dia panjang & curly sket2 gelaran yang dia dapat 'si cangkuk' plak.... yang adik lak sengeh jer bila abg panggil camtu... haa.. kat pix bawah dah nampak 'cangkuk' tu... actually dia refer kat curls tu sbb dia x reti nak sebut aper so dia cakap cangkuk jer ler.. lawak arr ajim ni.




Pastu lately dpt gelaran baru lagi 'Anti-Pesto'.... tak tau ler naper Ajim panggil adik dia camtu.... cam biaser Aariz lak sengeh ajer... sama ke? tang mana yang sama tu ...? Ajim je yang tau jawapannya..






For those yg anak2 dia tengok Wallace & Gromit mesti tau saper itu Anti-Pesto... ader ke patut?



Wallace... Anti Pesto tu gelaran utk Wallace dlm The Curse of Were Rabbit







Tuesday, November 25, 2008

SLS dalam barangan seharian kita

For those yg prihatin ngan kandungan SLS (Sodium Laureth Sulfate) dlm produk mesti perasan most of our daily products mesti ader benda alah ni... dan kita ni mesti ingat baby products bebas dari SLS tapi sebenarnya dalam barangan bayi pun ader (shampoo, mandian, ubat gigi, etc)... cubalah check. Benda alah ni digunakan utk menghasilkan buih tapi penggunaannya sangat meluas disebabkan regenya yang murah...


Dulu kitaorg tak brapa ambik berat pasal ni, tapi bila dah selalu sgt dpt email pasal keburukan jangka panjang (termasuk penyumbang kanser gak) yang dibawa oleh SLS ni & setelah surf & baca dgn lebih lanjut ttg perkara ini jadik kami telah mengambil langkah berhati2 dgn hanya menggunakan bahan yg bebas dari benda alah ni, better late than sorry ler kan..

Huhhh... semalam dok tengah tenyeh2 muka dengan facial cleanser sambil tu belek2 ler kandungannya.... mak aiii.... ader gak SLS ni, camne ni.... harus kena source carik brand lain ler pulak nanti..

SLS byk didapati dlm produk2 berikut :

shampoo, sabun, detergent, ubat gigi, carpet cleaner, body wash, mouthwash, pembersih muka, sun cream, moisturiser even mascara pun ader... etc

rajin2 ler google kalau nk tau lebih lanjut pasal ni, nak type sumer maleh lak.. just very basic info je ler.

Jadi nx time nak carik shampoo, sabun dan ubat gigi utk kegunaan keluarga atau anak2, carilah yg bebas SLS, bayar lebih sikit takper la.. jadi ingat ni CHECK THE LABELS b4 you pay ok.




Acuan ibu ke? ... dan citer pagi ni..

Today will be Haziq's final papers (Maths & Science). Semalam lepas balik sekolah bukan dia nak buat revision utk papers hari ni even malam tadi pun masih sibuk ngan game... bila dah sampai rumah & kena lectured ngan abah terus merajuk & terus tido..
Tadi mama Nadhirah called cakap Dirah (best friend haziq) kena chicken pox lak, sian Dirah camne nak ambik exam arini, kalau gi jugak sure teacher call suruh bawak balik nanti... so arini gi sekolah sorang ler Haziq jawabnya..


Tu kira desperate ler tu study dlm kete on the way to Bangsar, umah Opah... malas nak bebel2 suka hati dia ler.. asalkan aper yg dia belajar tu masuk dlm kepala dh kira ok...

Ibu dulu pun jenis study last minute gak so bila anak mengikut dah xleh nak kata aper ler kan.... mcm tu jugak ler perasaan mak kita dulu bila dia berleter suruh kita study untuk exam... sekarang dah kena kat batang hidung sendiri ler...

Hmmmm... while haziq tengah struggling belajar, hazim lak masih mengantuk lagi... tapi mmg dah askar tu askar jugak.. senapang tak lepas tu... kelakar ler ajim ni... sambil2 tu dia menyelak2 jugak buku sekolah abang dan mengeja perkataan2 yg senang.. good boy lah ajim ni..cayang dia..



... and Aariz plak, bila tau abah nak pump petrol aper lagi... cepat2 dia melompat ke seat depan tu... kalau tak ambik dia mmg alamat satu petrol station dengar dia punyer jerit... jadik to be safe, bawak ler dia ye abah..












Monday, November 24, 2008

Jalan2 ke Janda Baik pulak......

Seperti biaser weekend datang lagi, jadi pagi2 agenda kami ialah breakfast bersama di luar, ni mmg aktiviti wajib masa weekend... hari ni haziq nak makan roti canai so tempat feveret dia mestilah kat Kayu Original.. kuah dhal kat situ mmg sedap, ibu pun suka.. masa tengah tunggu abah panaskan enjin kete pun boleh berposing kan... ni gambar atas permintaan haziq ler ni... tension jer abah tengok anak yg suka bergambar ni.. mengalahkan org pompuan lah pulak..


memandangkan isnin & selasa depan exam, jadik beg sekolah pun diusung kesini kesana... konon2 nak study dlm kete ler tu.... ape2 je ler haziq ni..


dia ajak ajim bergambar skali, nampak sgt ler ajim tu terpaksa... senyum plastik jer..



ok lepas breakfast pegi beli groceries kt Tesco ler mana lagi... tempat ni mmg every week kena pegi, ye lah ini hypermarket yg paling dekat ngan umah kan..


tengok ler haziq tu tak habis2 ngan buku maths dia.... dlm trolley pun boleh layan..


takde plan nak bawak kemana2 lepas gi Tesco tapi cam biaser ini 3 Abdul mana nak duduk ghumah weekend, jadik timbul ler idea2 bernas ibu & abah... ibu ajak gi Sg Klah kt Perak boleh bawak anak2 gi kolam air panas...abah x agree lak.. pastu ibu ajak gi Bukit Merah pun rejected by abah... ok ler, so up to you lah abah.. memana nak bawak pun kitaorg ikut jer... you're the driver kan.

antara pemandangan ke destinasi kami..


Sebenarnya abah cakap dia nak bawak ke Bukit Merah tapi ended up kt sini... haaa kat D'ark Training Ctr kat Janda Baik, kalau nak tau kat sini ler penggambaran citer 'Kekasihku Seru' tu... nampak dlm citer tu mmg ler seram, nama pun citer seram kan.. tapi sebenarnya tempat ni mmg tenang, nyaman & sgt sesuai utk lari dari kesibukan kota.... singgah kt kaunter tanyer ader bilik kosong tak sbb ingat nak book untuk day trip jer tapi mcm biaser ler cuti sekolah ni mestilah fully booked... takpe ler... lagi pun trip ni kan tak planned.

Some of the pictures :

cantiknya..




Tak dapat menginap pun takpe, since dah sampai sana & ader lak sungai kat depan tu, jadi aper lagi.... aktiviti mandi manda ler..


abah sibuk melayan pe'el anak2 yg tak sabar2 nk mandi..


syok aariz duduk dlm kolam buatan tu...

wahhh...ni budak2 bandar dapat main pasir mmg tak ingat ler... takpe... main puas2 bukan selalu dapat pun kan....



ok ler anak2, one for the camera..... ajim ni cam biaser ler... tengok ler aksi dia tu... mmg susah kalau nak disuruh bergambar..



dan ni pulak bukan my kids tau... ni rasanya anak yg tinggal berhampiran kawasan situ... fuyooo teror tu derang buat aksi terjun... yg ni girl pulak tu...



aariz.... cheese....


ni plak ajim ngan helikopternya... ni dlm area masjid tunggu abah solat zuhur...



on the way back kami singgah kat hutan conifer kat jalan masuk tu... ok ler kan raser cam kat negara omputeh sket sbb kat situ ditanam ngan pokok2 pine, sejuk lak tu..... syoknyer anak2 dpt berlari... derang mmg suka ler tempat luas camtu..




ok dah ler tu ...penat ibu & abah nak control anak2 sumer ni, berlari je kejenyer..... jom kita gi lunch, perut pun dah lapar nih.. kami lunch di kedai masakan minang berdekatan... syok tu makan sambil tengok pemandangan gunung ganang ngan aircond semulajadi... nyaman betul... w/pun tengahari tapi raser sejuk jer..


perjalanan balik pun syok jer tengok kehijauan alam, sejuk mata memandang..ni harus kena datang lagi lain kali ni..

































Friday, November 21, 2008

Kucing

Selain ikan, Aariz mmg suka sgt dgn kucing.. pantang nampak kucing kat bawah rumah, mesti dikejarnya... kebanyakan kucing dah kenal si aariz ni jadi bila nampak aariz datang, cepat2 kucing2 ni cabut menyelamatkan diri.. hehehe... run for yr life!

hujannn... bestnya dapat tido nih...

Malam tadi tak masak utk dinner jadi tapau dari Vicchuda jer, sementara nak tunggu order siap pegilah bawak aariz ke pet shop nearby.. tengok le tu, geram je dia tengok kucing2 siam tu.. nasib baik ler dalam cermin, kalau tak siap sumer kena kejar... hehehe..
gebu camni bukan aariz je geram, ibu pun geram jugak....eeeeee...
sementara tu.. askar wataniah buat peta lak kat back seat.... hmmm dah penuh dah perbagai peta kt seat kete tu.... takpe lah, in case kita sesat mungkin boleh guna peta ajim tu kot.

Thursday, November 20, 2008

Duhai anakku sayang..

Duhai anak nape asyik nak main game jer? tau tak exam nx week ajer?
Haziq nak exam tapi ibu yg risau... dia releks jer... abah dah awal2 ingatkan dia kalau xdpt no yang lebih baik dari last exam, there will be no trip this year... tapi pandai plak dia menjawab "kalau tak dpt gi Penang kita gi cameron nak? haziq nak tengok org tanam sayur"... hmm nak marah pun x jadik..

Opah cakap haziq stop main game bila dia gi ngaji (9-10am) & kindy (12-4pm) other than that sure he'll b in front of pc main game 'Balance'.. tak jemu2.. other than that tgk discovery channel sampai opah xde chance nk tengok channel lain.. ok ler tu kan since skrg opah tu asyik nak menjahit jer.. mentang2 dah ramai org menempah baju dari opah tu...bak kata ajim " Opah tu menjahit jerrr... xde keje lain ke?"

skarang ajim dah start nak makan nasi... sblm ni dia kuat menyusu jer, so aper yg tekak dia terasa nak makan, dia just order jer ler dari opah..."Opah, arini ajim nak makan sambal sotong"... ewah... cam order kat kedai jer...

kalau nak berjalan lak dia ajak atuk, kalau dh boring naik kete dia ajak naik tren, atuk ok jer... mengikut ajer... kira ajim ni mcm best friend atuk ler... bila nak pegi mana2 atuk mesti ajak ajim temankan dia..

hmmm..anak... anak.... macam2 pe'el... nasib baik tinggal ngan opah & atuk banyak ler cengkadak... kalau tinggal ngan pengasuh lain menjawab ler...

Wednesday, November 19, 2008

Maksud nama

Maksud nama haziq :

Haziq = Bijak

Shaqeel = Elok paras rupa


Hehe... sajer je ngusik haziq malam tadi, nak tengok response dia... dia tengah leka buat latihan maths macam biaser...

Ibu : haziq..
haziq : hmm...nape bu?
Ibu : (dengan muka serius) haziq tau tak haziq dah tak comel skarang?
haziq : (angkat muka & tunjuk muka bengang) nape?
Ibu : sebab haziq dah jadik handsome lah... tak comei lagi dah..
haziq : ishhh... ibu ni (sambil tersenyum malu)...janganlah cakap camtu..

suka sangat kalau tengok dia tersenyum simpul mcm tu..muka nampak manja sgt..



bersama kawan gaduhnya... saper lagi.. ajim ler..
















Susu mahal vs murah, diaper mahal vs murah

One of my friends called and asked for my opinion about which formula milk is good for her baby. Hmm.. how to answer to her question since all my kids were using 3 different brands when they were baby...



For me, its all depend on the baby, not all babies can drink cheap/expensive formula as they may get rashes, constipation etc. Some ok with just ordinary brand which is not so expensive or with 'gold' remarks on the tin.





The same goes to diaper, not all baby can use cheap diaper, all depends on their skin sensitivity... if your baby only can tahan with too expensive diapers than too bad lah... hehe... Like all my kids they were using ordinary wise brand and most important thing is comfortable & leak proof... actually i read somewhere about diapers which contain gel that may lead to cancer... gel is used mainly to absorb the liquid... hmmm.... i've tried used the normal napkin for aariz at home... bila dia wee wee ok lah, still boleh handle, tapi bila dia poo poo... i hv problem to clean the mess.. hehe..



As for me, I trained my kids to stop wearing diaper slowly when they reached 2 yr old, at the beginning it was very painful but after that everything was fine. All you need is patience. For Aariz you hv about 6 mnts to go before i'll train you diaper free. R u ready sayang?


my beloved aariz aka si cangkuk.. hehe