Monday, August 17, 2009

Alik Apung

Kami balik ke Rengit, Batu Pahat Johor betul2 selepas solat subuh pada hari Sabtu, anak2 masih tido jadi abah buat few trips mengangkat anak2 yg tido tu.... abah mithali kannnn? hehe..


Anak2 mmg suka kalau balik kg.. especially haziq & aariz sbb dua2 ni mmg berjiwa kampung & sangat suka outdoor activities cam sapu daun kering, bakar sampah, main baling2 batu dlm parit/tali air, jolok kelapa & mangga, kejar itik, kucing, pusing2 kg naik motor, yg ni ibu pun suka, mmg tak penah naik motor sblm ni, kalau kt kl mmg tak berani le.. mau keras ibu kt atas moto tu..hehe... bb
tengok tu, sampai kg masih pagi, mandi pun belum dah buat kerja luar dulu.. memula haziq bakar rumput... sebenarnya dia selerakkan ada le...



bb
pastu jolok mangga muda lak..
bb

bb
tak aman skejab binatang2 kt sana bila budak2 ni balik, cuma hazim yg kurang sket, dia cam biasa melayan dvd dia dlm umah, bila hari dah petang baru dia joined abg & adik berlari di luar..
bb
nasib le tali air di depan rumah kering saja airnya, kalau tak tu risau jugak... ibu pun mana le boleh nak rehat, dah le sibuk rewang kenduri, nak tengok anak2 yg asyik dok kt titi je lagi, especially aariz tu bila baling batu ngan badan2 dia sekali terhoyong-hayang.. ishhh... geram betul dibuatnya.. tapi mmg dah nama pun budak2 derang tak pikir bahaya, derang pikir enjoy je.


hazim sebenarnya penah hampir termasuk dlm parit ni masa dia baya aariz dulu, nasib le atuk abah sempat sambar kaki dia, kalau tak.... tak dpt dibayangkan... pastu berlari kejar2 bawah pokok rambutan, sumer benda nak dimainnya.. mmg kejakunan terserlah!

tapi walaupun penat ibu & abah suka tengok anak2 enjoy camni, it's part of learning anyway..

than ibu dera abah suruh kait kelapa gading.. hehe.. best tu minum air kelapa fresh, nk dekat 10 biji sumenya... haaa... mmg sampai kembung2 minum air kelapa... kalau kat kl tu air kelapa pun dah tak rasa kelapa kan... kalau hari2 dpt minum air kelapa muda camni kan best!


kami sampai umah kul 1 pagi tadi.. alahai letihnya..... nasib le hazim tak meragam bila bersiap nk gi school tadi.









2 comments:

::Putri Naza:: said...

conok nyer balik kg
kiter tunggu raya laa br balik
Ajim tak cihat??

Ibu kami said...

Ajim sihat dah, tp dia meragam xnak gi school arini, alasan dia "school noisy, ajim nk tempat sunyi cam umah opah".. terer tak alasan dia? geram betul!