Memandangkan cuaca tak berapa mengizinkan dan plan nak balik Batu Pahat pun tak menjadi atas sebab2 tertentu, jadi w/end kami dihabiskan di rumah saja, kalau keluar pun setakat untuk breakfast kt Original Kayu atas permintaan org tak sihat, si hazim.. gi sana setakat nak roti bakar yg ibu pun boleh buat, suka betul dia bekfas kat situ, bila tanya nape, jawapannya sbb restoran tu ader lift... jawapan poyo jer ..... ibu ngan haziq kalau kt sini aper lagi roti canai ler..tapi sebenarnya ibu tau....derang nak kuar.... itu yg sebenarnya.... biasa lah dah namanya pun budak2, mana le boleh nak dok umah 24jam kan..
Abah kata dia nak gi opis jab so pegi ler carik barang basah sket utk masak t/hari, so round2 carik tempat baru.. area kat De Strand tu baru bukak, byk gak kedai kat situ, round2 jumpa ler kedai barangan harian & barang basah... hmmm rege pun not bad ok lah... asyik gi tempat biasa je boring jugak kan.
Perut pun kenyang lagi, nak masak awal2 pun malas jadi masak nasi je le dulu sambil layan si 3 Abdul yang byk karenah.. sibuk2 pun sempat le jugak curik masa utk basuh baju, kemas ghumah, mop lantai, lipat kain dan sebagainya, tapi nak tukar langsir tak boleh, budak2 ni asyik nak main penyangkuk besi tu.... tensionnya... bukan apa takut tercucuk lak nanti.. hmm sblm ibu turns jadik tarzan baik takyah buat dulu.....selain dari tu ini le kejenya.... enjoy the pixs!
haziq bila dah penat buat latihan maths, dia beralih buat benda alah ni ler pulak.... batery budak ni sentiasa full ok... ada je benda dia nak buat...ibu tengok je pun dah penat..
nak tengok dia lepak terbaring camni... memang mimpilah!
si kenit ni pulak pantang abang lepa sket dia lak tunjuk skill menconteng... selalunya ibu ler jadik mangsa kena melukis kt situ... lukisan standard ialah...
ibu lukis gambo burung - aariz jawab 'akk akkk aakk' - checked,betul.
ibu lukis gambo bola - aariz jawab 'boooo' - checked, betul.
ibu lukis gambo ikan - aariz jawab 'isshhhhh' - checked, betul.
ibu lukis gambo epal - aariz jawab 'buuu ahhhh' - checked, betul.
ibu lukis gambo cicak - aariz jawab 'cak cak cakkk' - checked, betul...
pastu dia tepuk tangan & gelak besar... hepi sbb dapat jawab sumer soalan... hehe.... pandai anak ibu...
pen marker tu pulak mmg tiap2 minggu kena beli (packed of 3).. nasib le dekat ngan jln TAR boleh dpt supply dari Pak Mydin... kalau tak tu parah gak, si lecturer (Haziq) tu mmg tak boleh putus supply pen marker, mau nangis meraung dia..pada dia sehari tak dpt menulis tu mmg rugi besarlah... ishhh ishhhhh menconteng je kojonya ini 3 beradik, tak abih2... lotih ibu ni aihhh...
dan bila dah puas menconteng apa lagi tengok Pakcik Barney dia le.... haritu dia pusing Barney yang ngan Pop Wheely tu sampai 7,8x ... kalau dvd tu boleh bercakap dah lama dia bercakap suruh stop..
pastu masuk ini dua org askar lak pasang Flushed Away & Happy Feet... tapi cd tu pun dah calar sket (dh lama sgt & selalu sgt main) & at certain2 scene gambo tu kaku le... takpe le nanti ibu ganti cd baru yea...
ok sambil2 tu bila tengok Ajim dah sporting lak, meh le bergambo.... cheeseee.... haaa kan comel tu..
ibu ambik lagi sekali boleh tak? kata Ajim... gelak besar yea.. takpe Ajim bekas chickenpox tu dah tak brapa nampak dah.. haziq control macho tu.. hehe
lagi sekali yea.... alaaa... nape abang pejam mata ni?
ok ler tu Aziq Azim...
No comments:
Post a Comment