Wednesday, December 31, 2008

Pahhhhhh....kesayanganku

"Pahhhh... Pahhhh" tu adalah favourite word si aariz ni.... "Pahh" tu shortform utk Opah....



Ibu ngan Abah dia tak pandai panggil lagi tapi yg sering dia panggil ialah Pahhhh.... sayang benor dia ngan opah yang membela & memanjakan dia hari2 ye...jeles ibu kengkadang tau! nasib baik mak sendiri kalau ngan maid/pengasuh dia lebih sayang mmg tak boleh le kan.. rasa tercabar tu.

ibu & haziq, opah & aariz, ta'a & nurin


kalau hujung minggu 2 hari tak jumpa mula ler asyik tunjuk tepon pastu cakap... "Pahhhh.. bla bla blaa"....(bahasa baby le)... cam iye2 je siap aksi tangan gaya2 org besar menelefon... biaser le budak kan suka mengajuk cara org besar bercakap.... mmg kelakar.. budak zaman sekarang le katakan.

Baru2 ni cuti Awal Muharram pun dia dah tak senang duduk asyik nunjuk tepon jer, dpt dengar suara opah pun jadik le... aariz.. aariz..

Pastu bila opah datang umah apa lagi terus terkam le opah tu, macam sebulan tak jumpa.. kes rindu le tu.... manja sungguh! mungkin ni ler yg dikatakan bonding antara opah & cucu.

Tahun baru 2009

Alhamdulillah, masih panjang umur utk meneruskan hidup di bumi Allah ini, hari ni merupakan hari akhir tahun 2008 dan malam ini detik 12 tengah malam kita dah masuk ke tahun baru 2009..... syukur alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menghambakan diri kepada Allah yg Maha Esa.

Sebagai org Islam kita dahpun masuk tahun baru 1430 Hijriah dua hari yang lepas tapi dah memandangkan kita dah terbiasa ngan calendar omputih ni kan...

Harapan kami utk tahun baru semoga kami sekeluarga kekal bahagia selamanya, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki oleh Allah & sentiasa diberkati. Selain dari itu :

1) Nak lebihkan ibadat... umur pun bukan makin muda kan... huhuhu... kalau sebelum ni dek kesibukan keje solat pun kadang2 terlajak cam dari waktu zohor nak termasuk asar baru terhegeh2 nk buat.... insyaAllah azam...azam kena kuatkan semangat masuk waktu terus solat.... wajib buat! nak solat yang on time & berkualiti..

2) Nak jadik isteri & anak mithali, yang berbakti kepada org tua, yg berkualiti, lebih baik dari hari ke hari.

3) Nak jadik supermom utk anak2... opppsss ibu mithali ler tu... cayang itu 3 Abdul! mana ada ibu yg tak nak buat terbaik utk anak2 kan..

4) Nak provide anak2 ngan ilmu akhirat & dunia yg secukupnya... alhamdulillah haziq by nx year dah boleh baca qur'an, hazim harap2 boleh jugak... (terang hati cam ibu, abah jgn jeles kalau baca arrr)... ibu dulu khatam Qur'an darjah 4 harap2 anak2 lagi terer le mesti lebih baik dari ibu... (suka dengar adik Rahmah Hayati dlm Iqra umur 6thn lancar baca Qur'an). Kalau ada rezeki mmg nak anak2 dapat pendidikan yang berkualiti & sempurna... ikut kemampuan kami lah..

5) Nak ajar Haziq & Hazim bacaan lengkap dlm solat dan mula bersolat dengan sempurna, (p/s : abah pls take note, this is your duty ok).... sebelum ni anak tonggang tonggek je ikut abah solat (mulut siap kumat kamit tapi ntah aper yg derang baca).. hehe... yg penting anak tak payah dipaksa solat & tau kepentingannya... hmmm kalau tinggal apa akibatnya?? ... kalau lagu kt sekolah & barney boleh hafal nape bacaan solat takleh kan?

6) Hmmm... dari segi materialistik, duniawi rasanya takdelah.. ehhh lupa lak nak beli ghumahlah... yg dok survey bagai nak rak sebelum ni kan.. itupun masih bukan tahap 'desperate' le... lagi ler cam suram je ekonomi tahun depan kan ...

7) Kete ... hmmm ok lg takde plan pun nak tukar unless kalau betul2 ada rezeki yg terlebih2... sebenarnya masih selesa buat kami 5 beranak... (bersyukur ngan apa yg ada, jgn tamak)

8) Sebenarnya keutamaan lebih kepada keluarga & parents... kalau ada rezeki lebih nak bawak parents skali makan angin (dlm negara je)... tapi most probably cam tak dpt je bonus thn ni.... waaaa... sedihnya....tengok dulu camne. Tapi mmg nak spend sebanyak2 masa yang boleh ngan family.. time is very precious.

9) Nak debt free... credit card, etc... ghumah & kete tu lain citer...mmg takleh nak lari le... long term debts.

10) Yang lain2 cam handbag, handphone, accessories tak penting, takde pun takpe... bak kata org duit boleh dicari... ilmu lagi penting dari RM kan.


Buat masa ni ini saja yang teringat, kalau ada nanti akan ditambah....

tick... tick.... tick......tick.... masa terus berlalu....

Tuesday, December 30, 2008

Kakak Atieqah


Semalam semasa rombongan Tok Adam & Tok Man sampai, si Haziq tercari2 kakak Atieqahnya (actually sepatutnya kena panggil Makcik Atieqah because she is my cousin)....

si Atieqah ni mmg suka melayan haziq since he was a baby, jenis yg suka bebudak ler ni...

tapi Tok Man kata kakak Atieqah tak dapat datang sbb terpilih masuk PLKN (khidmat negara), baru Tok Man pi hantar di ari Sabtu lepas ke sana... punyalah haziq frustrated semalam...

nampaknya bulan 3 baru ler dpt jumpa 'kakak Atieqah' dia tu... sbb latihannya selama 3 1/2 bulan.

bila tanya nape haziq suka sgt ngan 'kakak Atieqah' tu? jawapannya 'mmg le haziq suka sbb dia comel tau!'.... ewahhh budak ni bukan main lagi ye...


ibu tak comel ke haziq? hehe..




























Dilemma persekolahan anak

Last week principal sekolah haziq, Ms Chang called cakap Hazim punya nama masih waitlist lagi (actually ada lebih kurang 30 org yg waitlist nak masuk sekolah tu), adeiii pening abah & ibu camne ni sbb Hazim is very excited when he knows school will commence next week.

I've already called Ms Chang and ask her to consider again, just slot in another 1 student, but according to her HQ monitored the number of students for all the branches and only provide textbook,
uniform & other materials for numbers of students set by the HQ.

Susah gak camni so camne ye?? ingatkan senang le kalau hazim sama sekolah ngan haziq & dirah, boleh le pegi sekolah sekali dan haziq boleh tengok2kan adik dia tu.

Ms Chang asked us to wait until first week of January, just in case ada student yg pindah, tukar sekolah, etc... so just wait & see first.

Harap2 ada lah kekosongan buat Hazim otherwise abah & ibu takde pilihan kena carik sekolah lain utk hazim, yang penting tunggu hazim betul2 recover dari chickenpox ni dulu ye pastu baru kita cargas carik sekolah yg sesuai, ibu & abah dah survey cuma tak finalised sekolah mana lagi....fenin... fenin...

Mama Ana (pengasuh lama Haziq) dah offered nak bawak Hazim ke sekolah tempat dia mengajar (Tadika KEMAS kt Brickfields) tapi macam unfair lak buat Hazim, lagipun abah pun tak setuju... takpelah terima kasih Mama Ana, abah & ibu ada perancangan lain utk Hazim in case dia tak dpt masuk gak kt sekolah Haziq tu.

cian Ajim...

cayang Ajim..




Cuti Awal Muharram

Semalam cuti sempena Awal Muharram, Haziq pelik nape ibu & abah cuti hujung minggu cam lama jer.. mmg ler dah jatuh ari senin... dia asyik nak gaduh ngan ibu je kebelakangan ni sbb dia kata dia masuk sekolah 1/1/2009, tak sabar2 betul mamat ni... dh rindu kt dirah ke?

Semalam pepagi lagi opah dah called cakap sumer nak datang lunch kt umah kita + nak melawat ajim sekali le.... yeahhhh.... suka sgt kalau ada org datang umah esp family members & friends...so apalagi ngan cargasnya kita bersiap2 gi breakfast ... kali ni ajim nak makan roti bakar kt Kayu Original ... ok ler org tak sihat ni selalu mmg banyak permintaan, ikutkan aja lah... tapi dia makan 1/2 je roti tu... takpe lah janji masuk gak something dlm perut dia..

Lepas breakfast, terus ke Giant, beli sayur, ikan, ayam, dll utk masak tengahari, biasalah kalau gi Giant ngan anak2 bukan boleh sekejab mesti ada je yg anak2 ni nak... Haziq cam biasa le kat bahagian buku, mesti nak beli 1 buku gak utk dia, kang nangis pulak kalau tak dapat..
ni gambar kt giant minggu lepas, time tu ajim muka cantik lagi belum kena campak


baru kuar Giant Opah tepon cakap derang sumer dah dekat nak sampai, 3 buah kete sumanya... tadi abah dah kasik sumer no. kete kt security booth tu, kang senang ler sume masuk.... cam biasalah Ajim bila dengar ada org nak datang ghumah dia mesti tak suke.... dia kata nape sumer org nak datang umah ajim ni? kang sumer berjangkit chickenpox dari ajim tau!... wahhh cakap bukan main bijak ini budak ye...

Aariz lak bila kat umah dia mesti nak memerap je, satu pe'el dia kalau ibu cuti dia mesti tak nak minum susu formula, dia nak tuttt je.... issshhh geram ler budak ni.. kita sibuk nk masak dia nak menempel je, kasik susu botol tolak... camne nak masak ni..? last2 abah bawak dia turun, kt bawah tu byk kucing mmg suka le dia mengejar kucing2 tu..

Sempat gak ibu masak jantung pisang masak lemak & marinate ayam... tup tup opah and the gang dah sampai.... penuh ghumah kami, maklum ler umah kecik, rombongan tok adam dari rawang, tok man dari penang, adik beradik lagi .. wahhh mmg meriah...

dan secara automatiknya tugas masak memasak yg separuh selesai tu opah & opah cik yg ambik alih... hehe... ade ke patut tetamu yg masak... dah opah & opah cik volunteered lagi pun aariz bila tengok ramai dah org kt umah terus nak menempel ngan ibu je..

So lepas makan, lepak2 & solat sumer dah sepakat nak menghabiskan duit ke Giant lak, alang2 dekat je dari ghumah... wahh golongan org pompuan, Opah & Opah Cik mmg sakan ler kalau boleh sumer kedai kt bwh tu depa masuk, lama pulak tu... siap kami yg menunggu ni boleh lepak2 cam umah sendiri lak kt J.co donut tu... aariz punya ler suka duduk kg sofa kecik kt situ sampai taknak kuar dari kedai tu.. teruk betul budak ni.

Golongan bapak2 pulak apa lagi nengok kete le.... mcm2 kete ada kt bawah tu... hmmm honda city yg baru tu cun gak ye?... tapi tengah kegawatan ekonomi ni tak payah dok pikir tukar kete le, kete kita tu pun masih elok lagi.

Pusing2 kt situ je sedar2 dah pukul 5 petang, Tok Man sekeluarga pun kena gerak sbb depa nak balik Penang, ok lah nx year kita jumpa lagi masa family trip... dengar2 ke Lumut ye... best, best, tak sabar2 nak gi....drive safely tau, jgn bawak lelaju sgt.



































Ahad, 28 Dis

Hari ini ada kenduri di rumah Atuk Adam, kenduri baru balik haji + ngan majlis Uda aritu dirumah Tok Adam di Rawang, tapi ibu tak gilah... sbb jaga hazim & aariz, cuma abah & Haziq je yg pegi.... tensen dengar sumer ahli keluarga berkumpul, Opah pun tido umah Tok Adam... Tok Man dari Penang pun ada, Opah Awi & Tok Aris, kira sumer datang turun padanglah.... takpe lah ajim nak buat camne kan... Opah pun kata ajim rehat kat umah je lah...

Tok Adam citer waktu dia sekeluarga menunaikan haji, walaupun sumer tak sihat & batuk sbb cuaca disana, tapi alhamdulillah sume berjalan lancar & dpt menunaikan haji ngan sempurna, mmg dia plan nak pegi lagi nanti... katanya sesapa yg dah jejak kaki di Mekah mesti ada hati nak pegi lagi, unless something wrong with that person lah.. jeles ngan my kazen, Ashraff tu tau (Tuk Adam's son), umur 20 thn dah dpt title 'Haji'..

waaa... tensen dengar, bila la ibu dapat pegi ni? abah pun dah merasa gi umrah masa dia bujang dulu, ibu ni bila lagi?

So family gathering kali ni ibu missed lah.. mesti seronok semalam kalau dpt berjumpa & catched up stories ngan sanak saudara.... tapi tu le nak buat camnekan, takde rezeki ....

it's oklah... yg syoknya sume dah plan for next gathering in CNY... yahooooo!! mmg dh kena plan cuti nx year ni...



Sabtu, 27 Dec 08.. menjelang tahun baru

Disebabkan Hazim kena chickenpox bermula dari 24/12 lepas jadi w/end kami pun tak berapa nak meriah, Atuk Mak called beberapa kali tanya tak balik kg ke?.... hmmm sian Atuk Mak mengharap anak cucu balik ke kg tapi nak wat cmne Hazim kena teruk juga (bukan macam Haziq sebelum ni)... penuh satu badan kena... sian ajim... tapi ajim mmg kuat, dia takde mengeluh pun.

Jadi kami duduk ghumah je lah... bosan mmg le bosan, Haziq & Hazim beberapa kali tanya abah & ibu nape kita tak gi mana2.... hisssshhh ajim ni tengok ler sket badan ajim tu, dia macam tak sedar yang dia tu tak sihat... masih ada hati nak jalan2 keluar jugak... Aariz pulak memandangkan tak pandai cakap lagi jadik asyik sarung kasut pastu tunjuk pintu... selagi tak bawak jalan2 kat bawah selagi tulah dia akan bising2..

Sejak ajim tak sihat ni mmg dia tak berapa nak makan .... asyik2 mintak susu, susu, susu..... tapi utk dinner hari sabtu tu dia mintak Burger King jadi kena ler drive out jugak walaupun tau area mutiara d'sara mlm minggu mmg sesak gile, kalau takde apa2 mmg kami tak masuk area tu hujung2 minggu, tensen wooo... tapi ajim punyer pasal kami bawak gak dia ke sana, memula plan nak take away je makan kt umah tapi memandangkan dlm tu tak sesak, jadi makan kt situ je le... bila dah ada makanan depan mata pun, bukannya dia makan.... setakat nugget 1/2 je yg masuk... takde selera kot... sian ajim...

Sepatutnya hari ni nak pergi kenduri kahwin school mate di Pantai Hillpark tapi terpaksa dibatalkan jugak.... tensen gak tak dpt gi jumpa kengkawan lama .... takpe lah takde rezeki nampaknya




Friday, December 26, 2008

Hazim punya turn pulak

Semalam cuti Christmas tapi kita tak gi mana2 pun... cam pelik kan sbb kena duduk ghumah je...


Hmmm... tapi kita duduk ghumah bersebab...


Sebabnya.....


Hazim lak kena demam campak....


Sian Ajim... tapi yg bestnya...


Kat sumer org dia bagitau yg dia kena chickenpox.... macam bangga gitu.... lawak lar Ajim ni.


Pastu setiap minit mesti menelek badan dia kot2 ada chickenpox yang baru keluar... tapi nampaknya dia pun mcm haziq jugak dulu... kena sikit je... semalam dah belikan air kelapa untuk dia, lepas minum air kelapa tu baru banyak sikit yg keluar... kat leher dan pinggang.


Tapi petang kita tetap kuar... bawak anak2 berlari & beriadah kat Taman Rimba Riang cam biasa...


Puas anak2 berlari sampai tak nak balik..... macam ler tak penah pegi tempat tu..


Hmmm....nampaknya appointment Aariz untuk jab esok pun kena postpone lagi.. sbb takut dia pun mungkin akan kena campak gak..


Tapi bila pikir2, senang gak kalau sumer dah kena masa kecik ni... nanti tak payah takut2 lagi kalau sesaper kena campakkan... sbb penyakit kena kena sekali seumur hidup....???? ... kann?


Harap2 Ajim sembuh sepenuhnya sbb lebih kurang seminggu je lagi nak masuk sekolah ni... kan cayang?






Cayang Ajimmm tuu....

Christmas eve

Memandangkan cuaca baik malam ni jadik abah & ibu pun bawak anak2 ke dataran, bukan nak sambut christmas ye, tapi kasik exercise sket... berlari le apa lagi, itupun setelah berkali2 diajak oleh haziq... bukan tak mau pegi tapi padang tu basah je... camne nak lari.. kang berlecah lak kaki tu nanti...



pemandangan malam di Jln TAR







abah & aariz


aariz yg sukarela nak terjun dlm kolam... kalau tak tengok mmg dah lama masuk dlm tu... (blur nya gambar)..




lepak2 sekejab ambik udara malam... arini pun tak ramai org... mungkin ramai yg dah cuti balik kg kot





sempat bergaduh ngan haziq... dia beriya2 kata bunga tahi ayam tu 'bunga carnation'..... dia kata sama mcm gambar dlm buku sekolah dia.... suka hati ler haziq .... kalau betul nak tengok carnation tunggu ler nanti kita gi cameron ye nak..



lepas suma dah puas berlari (hazim & aariz dlm aircond pun masih berpeluh)baru balik ghumah itupun kena kejar aariz dulu yg refused masuk kete...






























Wednesday, December 24, 2008

Gigiku bersih warna putih...


Iklan ubat gigi bersama model Haziq & Hazim... hik3





Ok hari ni kita citer pasal kebersihan gigi ye anak2....

Ibu & abah melatih anak gosok gigi 2x sehari sejak mereka masih kecik lagi... pastu bawak anak2 melawat dentist sekali setahun (lepas ni kena 2x setahun lak), kena biasakan... dentist pun cakap gigi Haziq & Hazim mmg cantik...







yang penting kena ajar cara memberus yang betul (tapi selalu anak2 bukan rajin sgt nak berus sendiri, suruh abah ngan ibu gak beruskan... tak aci betul)




Tapi yang tak tahan tu kengkadang anak2 dah tertido awal... tapi bila depa terjaga tengah2 malam merengek2 pulak nak gosok gigi (mcm punishment pulak jadiknya)... kacau betullah.....




cam haziq baru2 ni nak dekat kul 12 mlm kejutkan ibu semata2 nak berus gigi... dia kata dia lupa nak berus gigi tadi... adeiiii.... lawak lar haziq ni.... tapi takpe haziq punya pasal ibu pun temankan lah... pastu bukan nak berus sendiri, suruh ibu gak beruskan gigi dia tu... manjanya baby tua ibu nih...




aariz pun nak tunjuk gigi 6 batang tu ke?.... ok lah...




lagipun anak2 mmg tak berapa suka makan gula2 sbb mereka tau kesannya pada gigi... mmg senang keje ibu melatih anak2 yg paham bahasa ni... alhamdulillah.


















Cham anyone?

Semalam abah ambik ibu lambat... jadi sementara tunggu abah, ibu gi sini ler... Capitol Cafe, betul2 depan sogo... cafe ni mmg old fashioned tak tau ler dah survive kat situ dari tahun brapa.. kt dlm tu ada gambo2 masa KL dilanda banjir thn 1971 kot.. ye lah ibu & abah pun tak wujud lagi time tu....




hmmmm.... asyik2 minum kt kopitiam moden je skali2 pegi sini raser cam org lama pulak... lagi2 ler pengunjungnya ramai org2 tua je, pengunjung tetap agaknya.


Cam biaser ler ibu mestilah order cham suam.... perghhhhh... mmg tak boleh tolak... patut ler Ajim dah mengikut suka minum cham.... tak elok tau sbb Ajim budak2 lagi, cafeine banyak dlm minuman ni tau.. ibu takpe sbb ibu dah tua... oppppssss bukan tue tapi dah imune.. hehe.... (cover line)..










Tuesday, December 23, 2008

Sekolah lama


Ni ialah photo sekolah lama Haziq, masa dia berumur 4 tahun. Sekolah ni terletak di Bangsar Baru. Di sekolah ini Haziq belajar mandarin tapi sayang tak bertahan lama sbb sekolah ni berpindah ke D'sara Height awal tahun ni, jadi nak tak nak kena le carik sekolah baru utk Haziq... dan sekolah baru ni takde pulak Smart Mandarin dlm syllabus nya.

Di sekolah lama ni jugaklah Haziq kenal ngan Dirah sampai jadik best friend hingga kini... dan yang pakai blouse ungu tu ialah Teacher Carol yang sangat rapat ngan Haziq & Dirah dulu. Sampai sekarang dia masih call dan tanya tentang perkembangan Haziq.

Penang Diary - day 1 (early morning)

Untuk perjalanan jauh, abah mmg suka drive pepagi, utk ke Penang pagi ni kami masuk tol Kota Damansara tepat kul 5 pagi.



mesti ada benda yg boleh munch bagi memastikan kita tak ngantuk.... cehh konon2nya... padahal ibu terlelap jugak.... nasib baik ler ada haziq yg setia menemankan abah berbual sepanjang perjalanan.







askar wataniah ibu ni masih lena zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...





ibu pun terlelap... tak sedar pun abah solat subuh kat mana..... ni sedar2 abah kejut kt gua tempurung... time tu dah kul 7 lebih... ni plak benti sekejab kat Ipoh.


wahhh... ada konvoi moto besor ler..




dah sampai kat terowong..





pemandangan pagi yg sungguh mengasyikkan.... sejuk mata memandang


aariz pulak bangun awal hari ni.. hazim tak bangun2 lagi.




arini kita ikut jambatan je lah ye... asyik naik ferry je..

antara gambar2 atas jambatan pulau pinang









bila dah sampai pulau Hazim pun bangun.. dan lapar... nasib bawak roti bekal.



pusing2 cari tempat breakfast.... ended up makan roti canai & nasi lemak di sini..




hmmm... pasni kita nak kemana ye? takpe makan dulu pastu baru decide nak ke mana..














Penang Diary - day 1 (evening) - Balik Pulau

Petang tu pas lepak2 kt umah, kami ke Balik Pulau pulak.... Cokman kata kita gi makan laksa nak? tempatnya kat sini ler... mak aiii... ramainya orang... full house all the time... menu? macam2 ada kat sini sebut je nak apa... harga pun mmg murah kalau nk banding kt KL kan.







ni je yg sempat snap... yg lelain dah masuk dlm perut dgn selamatnya.






haziq punya feveret, laksa... mmg habis satu mangkuk, tapi mangkuk kecik ler especially utk budak2






makan time!





ni budak 2 orang nak suruh bergambar pun payah...

aariz cucuk apa tu? kang marah lak mummynya... hehe...

sepupu mesra : Aaron & Aariz




ni lak ngan Afif, pangkat pakcik ni.




yg sonoknya kt sini ayam berkeliaran, ye lah kawasan kampung kan....selalu kat kedai makan kucing yg berkeliaran, ini tidak.. ayam..... anak2 apa lagi kejakunan le tengok ayam yg jinak2 ni..





ok, on the way balik kami singgah tengok pemandangan indah dari bukit... hmm ke gunung ye.... tinggi lain macam jer..... apa2 lah.. wah syoknya tengok pemandangan pulau dari atas bukit....


Aariz & Aaron lagi.... dan lagi...



bergambor ramai2...... jangan lupa.... cheeseeee!


bersama Opah, Makcik, Aida, Atieqah & Afif




Ajim juga..








Penang Diary - day 1 (afternoon)-around the town

Selepas puas bermain pasir di pantai, kami pusing2 pulak kat Padang Kota Lama... syoknya lepak kat tembok menghadap laut, angin sepoi2 bahasa je... tapi cuaca, mak aiii.. boleh tahan, panasss...


Lepas puas pusing2 kat situ, pegi makan la apa lagi.. pekena pasembor & cendol kt foodcourt berhampiran.... syoknya pekena cendol tengah2 panas ni..

syoknya layan angin bertiup.... sejuk walaupun panas.....




lepas makan sambung lepak2 lagi... Aariz suka sangat mengejar burung merpati kat sini... tak aman burung2 tu dibuatnya.


sempat lagi joget lagu Barney... "the wheels on the bus go round and round, round and round, round and round.... the wheels on the bus go round and round, all to the town"....

kemaruk berjoget... mmg pantang kalau dia teringat lagu2 Barney tu, kat mana2 pun boleh layan daa...

syoknya lepak kt bawah pokok sambil mengadap laut... rasa cam taknak balik pulak..

ok sebelum balik meh bergambar dulu....




masjid terapung.... hmmmm teringat lak kat masjid terapung kt Terengganu.... cantiknya...


masa ni laut tengah surut


cuba tengok betul2 apa yang tengah merayap tu...



Antara bangunan2 dan replika yg sempat snap sepanjang kami pusing2 di sana :



bangunan2 di Penang ni ada persamaan mcm di Melaka kan?


ok anak2 jom balik... Tok Man dah tunggu kita kat umah tu!