Tuesday, December 30, 2008

Sabtu, 27 Dec 08.. menjelang tahun baru

Disebabkan Hazim kena chickenpox bermula dari 24/12 lepas jadi w/end kami pun tak berapa nak meriah, Atuk Mak called beberapa kali tanya tak balik kg ke?.... hmmm sian Atuk Mak mengharap anak cucu balik ke kg tapi nak wat cmne Hazim kena teruk juga (bukan macam Haziq sebelum ni)... penuh satu badan kena... sian ajim... tapi ajim mmg kuat, dia takde mengeluh pun.

Jadi kami duduk ghumah je lah... bosan mmg le bosan, Haziq & Hazim beberapa kali tanya abah & ibu nape kita tak gi mana2.... hisssshhh ajim ni tengok ler sket badan ajim tu, dia macam tak sedar yang dia tu tak sihat... masih ada hati nak jalan2 keluar jugak... Aariz pulak memandangkan tak pandai cakap lagi jadik asyik sarung kasut pastu tunjuk pintu... selagi tak bawak jalan2 kat bawah selagi tulah dia akan bising2..

Sejak ajim tak sihat ni mmg dia tak berapa nak makan .... asyik2 mintak susu, susu, susu..... tapi utk dinner hari sabtu tu dia mintak Burger King jadi kena ler drive out jugak walaupun tau area mutiara d'sara mlm minggu mmg sesak gile, kalau takde apa2 mmg kami tak masuk area tu hujung2 minggu, tensen wooo... tapi ajim punyer pasal kami bawak gak dia ke sana, memula plan nak take away je makan kt umah tapi memandangkan dlm tu tak sesak, jadi makan kt situ je le... bila dah ada makanan depan mata pun, bukannya dia makan.... setakat nugget 1/2 je yg masuk... takde selera kot... sian ajim...

Sepatutnya hari ni nak pergi kenduri kahwin school mate di Pantai Hillpark tapi terpaksa dibatalkan jugak.... tensen gak tak dpt gi jumpa kengkawan lama .... takpe lah takde rezeki nampaknya




No comments: