Tuesday, December 30, 2008

Cuti Awal Muharram

Semalam cuti sempena Awal Muharram, Haziq pelik nape ibu & abah cuti hujung minggu cam lama jer.. mmg ler dah jatuh ari senin... dia asyik nak gaduh ngan ibu je kebelakangan ni sbb dia kata dia masuk sekolah 1/1/2009, tak sabar2 betul mamat ni... dh rindu kt dirah ke?

Semalam pepagi lagi opah dah called cakap sumer nak datang lunch kt umah kita + nak melawat ajim sekali le.... yeahhhh.... suka sgt kalau ada org datang umah esp family members & friends...so apalagi ngan cargasnya kita bersiap2 gi breakfast ... kali ni ajim nak makan roti bakar kt Kayu Original ... ok ler org tak sihat ni selalu mmg banyak permintaan, ikutkan aja lah... tapi dia makan 1/2 je roti tu... takpe lah janji masuk gak something dlm perut dia..

Lepas breakfast, terus ke Giant, beli sayur, ikan, ayam, dll utk masak tengahari, biasalah kalau gi Giant ngan anak2 bukan boleh sekejab mesti ada je yg anak2 ni nak... Haziq cam biasa le kat bahagian buku, mesti nak beli 1 buku gak utk dia, kang nangis pulak kalau tak dapat..
ni gambar kt giant minggu lepas, time tu ajim muka cantik lagi belum kena campak


baru kuar Giant Opah tepon cakap derang sumer dah dekat nak sampai, 3 buah kete sumanya... tadi abah dah kasik sumer no. kete kt security booth tu, kang senang ler sume masuk.... cam biasalah Ajim bila dengar ada org nak datang ghumah dia mesti tak suke.... dia kata nape sumer org nak datang umah ajim ni? kang sumer berjangkit chickenpox dari ajim tau!... wahhh cakap bukan main bijak ini budak ye...

Aariz lak bila kat umah dia mesti nak memerap je, satu pe'el dia kalau ibu cuti dia mesti tak nak minum susu formula, dia nak tuttt je.... issshhh geram ler budak ni.. kita sibuk nk masak dia nak menempel je, kasik susu botol tolak... camne nak masak ni..? last2 abah bawak dia turun, kt bawah tu byk kucing mmg suka le dia mengejar kucing2 tu..

Sempat gak ibu masak jantung pisang masak lemak & marinate ayam... tup tup opah and the gang dah sampai.... penuh ghumah kami, maklum ler umah kecik, rombongan tok adam dari rawang, tok man dari penang, adik beradik lagi .. wahhh mmg meriah...

dan secara automatiknya tugas masak memasak yg separuh selesai tu opah & opah cik yg ambik alih... hehe... ade ke patut tetamu yg masak... dah opah & opah cik volunteered lagi pun aariz bila tengok ramai dah org kt umah terus nak menempel ngan ibu je..

So lepas makan, lepak2 & solat sumer dah sepakat nak menghabiskan duit ke Giant lak, alang2 dekat je dari ghumah... wahh golongan org pompuan, Opah & Opah Cik mmg sakan ler kalau boleh sumer kedai kt bwh tu depa masuk, lama pulak tu... siap kami yg menunggu ni boleh lepak2 cam umah sendiri lak kt J.co donut tu... aariz punya ler suka duduk kg sofa kecik kt situ sampai taknak kuar dari kedai tu.. teruk betul budak ni.

Golongan bapak2 pulak apa lagi nengok kete le.... mcm2 kete ada kt bawah tu... hmmm honda city yg baru tu cun gak ye?... tapi tengah kegawatan ekonomi ni tak payah dok pikir tukar kete le, kete kita tu pun masih elok lagi.

Pusing2 kt situ je sedar2 dah pukul 5 petang, Tok Man sekeluarga pun kena gerak sbb depa nak balik Penang, ok lah nx year kita jumpa lagi masa family trip... dengar2 ke Lumut ye... best, best, tak sabar2 nak gi....drive safely tau, jgn bawak lelaju sgt.



































4 comments:

Sall said...

Waa... semua sedara mara datang cuti2 ni kan.. kumpul sesekali ramai2 camni memang best... pastu gi jalan2... syok sangat kan.. Kitorang pun camtu Ina..

Naper Ina kata muker Sall dah lain... sama je la,, camtu jugak. Maybe nampak chubby sikit kot.. kite dah gemuk laaaaaaa.. tensionnnnnnnnnnnnn..........

Anonymous said...

taklah bukan chubby ler... tapi nampak lain lah...haaa... kot2 sall pregnant lg kot.. hehe... gurau je...

Sall said...

So far takde lagi la.. Rasa mcm tak ready lagi la tuk no 3. bukan ape, kena kumpul duit dulu la.. ko tau je la kan, kos die camner.. yg 2 orang tuh dulu pun dah habis berapa.

Anonymous said...

sall, ye lah...mmg betul kos tinggi.. tapi setiap anak tu ada rezeki masing2.. betul tak? jgn risau ler ina main2 jer.... masih menten lagi sall tu..