Tuesday, December 23, 2008

Penang diary - day 1 (malam)


Ni ialah rumah penginapan kami, just next to Makcik's apartment di Air Itam.


posing Haziq jangan tak posing.....




Pemandangan dari apartment penginapan... dari sini tak nampak Bukit Bendera tapi dari rumah Makcik memang jelas.





haaa... lepas maghrib dah start projek utk majlis esok....nasib baik atuk boleh tolong jagakan cucu2nya... jadi golongan mak2 budak boleh ler concentrate bekerja... kalau tak tu ada je yang mengacau..
ni Atuk bersama Hazim & Aaron... kat belakang as usual Haziq tgh buat latihan maths ye... dekat Penang ni dia sombong ngan ibu, mentang2 ada kakak Atieqah (pangkat makcik actually) yang rajin melayan dia buat maths tu.



haiiii... golongan bapak2 orang tu releks je ke tengok tv... tak nolong ke? kitaorg ni dah jenuh ngopek kerang 8 kilo sumernya tau.... Aariz pun tak menang tangan menyibuk.... nak nolong jugak.




ishhh.. ishhhh... si kenit ni lagi sibuk dari kami rupanya....habis baju melayunya dah bau air kerang je.




sempat rasa lagi....apa rasanya aariz?? masin kan...



aktiviti memasak lak Opah & makcik yang uruskan... kami tolong2 potong, kopek apa yang patut.. Opah kata kul 1 pagi baru habis memasak.
Menu esok :
Nasi impit
Kuah kacang
Rendang kerang
Sambal sotong
Nasi lemak
Kuih seri muka
Kuih talam
Bihun goreng special

No comments: